Isnin, 22 Ogos 2011

pusa tapi tak solat! apa bezanya??

Assalamualaikum^_^


hari ni asya kena hapdet enrti dengan kadar yang lebih pantas daripada biasa. kenapa?? lepas ni asya ada date.^^ amboi..gatai asya ni kan. ehem..ehem..bopren asya dok tunggu suruh mengadap dia lepas asya hapdet belog cikai asya  ni. kalau tak mengadap muka dia esok kompem tak boleh jawab pekse wooooooT_T. mesti dah boleh agak sape bopren asya kan. hmm..buku maths ngan sejarah dok tunggu asya. tak tau nak mengadap mana satu dulu.-.-'

asya cuma nak tahu pendapat korang sikit. apa gunanya kita puasa sampai sebulan tapi tak sembahyang erk?
ha! jangan nak buat muka blur or suci. asya tahu zaman sekarang ramai yang macam ni. puasa tapi tak sembahyang. bukankah dua-dua wajib? tapi kenapa tiang agama yang lebih penting diabaikan? adakah puasa semata-semata sebab malu kalau orang tahu kita tak puasa?? tapi macam mana pulak dengan solat? tak malu ke kalau orang tahu kita puasa tapi tak solat? bukankah dua-dua wajib kita lakukan. kalau korang ikhlas puasa mesti korang tahu solat tu wajib.

tapi kalau setakat puasa sebab nak duit raya lebih sama jer macam korang tak puasa! korang tak ikhlas. korang tak rasa penat ke puasa sampai sebulan tapi belum tentu amalan puasa korang diterima, sebab? yang paling wajib korang tinggal kan. dan korang tak puasa dengan hati yang ikhlas. sembahyang terawikh pun sama. awal-awal puasa jer ramai orang. bila dah pertengahan yang ada cuma makcik makcik tua jer. mana pegi anak anak dara kak peah ngan kak timah? muka anak pak man tempe pun dah lesap!

asya tahu asya pun manusia biasa. tak sempurna. ada lakukan kesilapan. asya cuma nak kongsikan apa pendapat asya je. kalau asya ada buat salah sudi-sudi lah tegur. maklumlah budak hingusan lagikan. sobbsobb..T_T hope korang-korang sume..tak macam ni. kalau ada fikir-fikirkanlah. asya tak niat nak kutuk sesiapa. kalau ada yang tak suka entri asya kali ni, asya mintak maaf banyak-banyak.


p/s: korang ada ke jumpa manusia spesies ni? tolong la nasihat kan dyeorg erk. takkan nak biarkan dye org buat kesalahan yang sama kan.

p/s lagi: nak gi date ngan bopren. takut esok tak boley jawab pekse! sobosob..


terima kasih sudi lekat bijik mata kat belog asya..:)

1 ulasan:

Cik Comel Dinasour berkata...

hmm..btul tu. bnyk org yg cmni zmn sekarang.