Khamis, 11 Ogos 2011

Dugaan Asya!=(

Assalamualaikum..=(

tengok dari cara asya bagi salam jer mesti dah tahu kali ni mesti entry sedih mengada-ngada tak tentu pasal. kalau tak asya akan bagi salam dengan muka yang paling manis pada alaf ini! "tipu belaka!" asya tahu semua orang dalam dunia ni tak terlepas dari mendapat dugaan kan? tolong la cakap ya! agar daku tak rasa diri ini sendirian. uwaaaaaaaa.."pesal emo lebey-lebey ni? =.='  

dewasa kini...eceh! sempat lagi nak mengedik bagai!! haisy..=.=' kata entry sedih tapi sempat lagi nak menggedik! ok lah baik asya cerita betul-betul. kang ada pulak yang mengutuk. asya sebenarnya berada dalam keadaan STRESS!!! mesti ada yang akan cakap "ek elleh budak ni. stress je. wa hari-hari stress tak ade apa pun. lax ar!"asya tahu lah semua orang pernah stress. tapi tak salah kan asya nak kongsi dengan paripari dan parapara sekalian yang baik hati lagi bijaksana."sebenarnya ni salah satu cara nak hilangkan stress!"


kan bagus kalau asya ada paripari macam sinderella. boleh la asya suruh dia tukar kan stress jadi coklat! "errrr..macam tak ada kena mengena jer!" sebenarnya asya tengah pening kelapa kepala nak fikir kan banyak hal yang suka menyemak dalam kepala hotak! minggu depan nak exam! isnin ada forum dengan debat! selasa cikgu ehem..ehem..sibuk nak buat kuiz bagai! mana tak pening! mana satu nak didahulukan ni?

asya tengah blurr sekarang ni. dah tak boleh fikir maca mana nak urus kan masa dengan baik. asya tak tahu nak kongsi semua ni denga sape. nak cakap dengan mak, mak pun sibuk dengan jahit baju-baju raya yang berlambak tak ketahuan hala! nak cakap dengan ayah? hmm..sibuk memanjang! nak cakap kat bakal kaki  laki? sah tak ada! kecik-kecik lagi nak menggatal ada bakal laki!-.-'  jadi asya dengan air mata mengalir deras bak air terjun sungai gabai pun luahkan dekat belog cikai asya ni. maaf la yer..hiperbola terlebih pulak! 




p/s : kalau ada sesiapa yang baik hati tolong lah bagi petua untuk hilangkan stress kat pale hotak ni! dah serabut sangat macam tongkang pecah! :(


terima kasih sudi lekat bijik mata kat belog asya! =)

5 ulasan:

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ berkata...

kalau ca time stress2 nie ca kuar merayap....tak pon tido..huhu....

relax k...jgn tension2 tu..nper nie....

Cik Comel Dinasour berkata...

huhu..sabar yer cik asya..

asya berkata...

cik duyung: hm..nak kuar penat la pulak pose2 ni..hehe

asya berkata...

@cik comel dinasour insyaallah..tgh sabo la ni

Cik Comel Dinasour berkata...

oh..hikhik