Khamis, 11 Ogos 2011

Asya gedik nak berbelog???

Assalamualaikum..^_^



ehem..ehem..kalau ada sesiapa yang baca belog kosong ni mesti akan cakap "hm..bloger baru la ni. kesian tak ada siapa follow" tak pun akan cakap macam ni "siapalah budak yang menggedik nak berbelog ni? handal sangat ke?' mungkin itulah yang akan di cakap oleh bloger lain. tapi asya tahu tak semua bloger macam tu. mungkin ada yang baik macam pari-pari!=)

asya tahu asya ni tak lah handal macam si polan tu. tapi asya sengaja menggedik kan diri berbelog untuk tambah duit poket. kalau boleh tak nak susahkan mak lagi. ini pun asya tahu dari kawan asya. harap kalau ada bloger yang baik hati, tolong la tunjuk ajar apa yang patut. asya masih baru dalam dunia belog ni. masih naif dan tak tahu apa-apa."ayat minta simpati la pulak' -.-'


harap sangat ada yang sudi tunjuk ajar ku sifu! "eh terkeluar pulak lirik lagu.." kalau asya ada tersalah sudi-sudi lah tegur yer..

terima kasih ,sudi lekat bijik mata kat belog asya..:)

1 ulasan:

Asningtiyas Nasdja Putri berkata...

Saya nk follow!! aisyah knp tak dtg mase birthday nek :( tk de kwn tau..